Sabtu, 27 September 2014

Gambar rumah mewah Luna Maya



Siapa tidak kenal dengan Luna Maya? Pelakon sinetron Indonesia ini pernah menggemparkan dunia hiburan Indonesia juga negara kita dengan penyebaran video lucahnya bersama bekas kekasihnya, Ariel Peterpan.

Namun, kini peminat seakan sudah boleh melupakan kontroversi tersebut dan menerima semula kehadiran Luna Maya seadanya.

Jom kita sama-sama saksikan gambar rumah mewah Luna Maya yang terletak di Jeruk Purut, Indonesia.






Sumber: Malaysian News

ArtisOhArtis: Suka lihat dekorasi rumah Sheila Rusly. Simple tapi kemas.

Candy Crush Untung RM2 Juta Sehari



CANDY Crush Saga – permainan maya yang sangat popular dalam kalangan pengguna telefon pintar dan tablet pada hari ini. Bagai mempunyai magnet, sekali cuba pasti pemain akan berasa seperti ketagih untuk terus merentas level demi level teratas.

Sungguh pun permainan ini boleh dimuat turun secara percuma, tanpa disedari ramai pengguna terjebak untuk mengeluarkan belanja akhirnya semata-mata demi kepuasan hati dan hilang sabar.

Hal ini kerana semakin tinggi level permainan akan bertambah tinggi kesukaran untuk menyudahkannya. Tidak hairanlah pengguna mudah terumpan untuk mendapatkan ‘nyawa’ tambahan dan lain-lain kelebihan bagi memenangi permainan dengan cara membayar sedikit kos. Perkara ini dimaklumi oleh semua peminat permainan maya termasuk Candy Crush.

Di sebalik fenomena dicetuskan Candy Crush, pihak paling untung sudah tentulah pembangunnya, King.com Limited. Bagi permainan yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada September 2012 ini, syarikat berkenaan mengaut sebanyak USD633,000 sehari (RM2,018,853) atau bersamaan USD6.7 juta (RM21 juta) setahun.

Jika mengambil kira sebanyak 6.7 juta pemain aktif Candy Crush, secara purata seorang pemain membelanjakan sebanyak USD2.84 atau RM9.05 untuk permainan ini setiap hari.

Candy Crush Saga boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan boleh digunakan di iPhone, iPad dan iPod.

Apa pun, berhati-hatilah! Daripada permainan yang hanya percuma pada mulanya, tidak mustahil anda mungkin salah seorang penyumbang jutaan ringgit keuntungan harian King.com Limited selepas ini.


Sumber: MyNewsHub

ArtisOhArtis: Tengah tidur pun duit masuk hanya dengan mencipta game. Masyuk!

Gambar terbaru Datin Norjuma dengan perniagaan tudungnya

 

Datin Norjuma semakin giat mengembangkan perniagaan tudungnya, Aidijuma yang semakin mendapat sambutan hangat

Video Zizan menangis 'last day' mengacarakan Melodi


Zizan yang telah mengacarakan Melodi selama 4 tahun akhirnya meninggalkan rancangan hiburan terkenal tersebut. Jom kita layan video Zizan yang menangis semasa memberikan ucapan pada hari terakhirnya di Melodi.


ArtisOhArtis: Admin pun selalu menangis bila melibatkan perkara-perkara yang kita pasti akan kenang dan rindu.

Gambar Shila Amzah bertudung tapi pakai 'skirt pendek'?



Apa sudah jadi dengan fesyen terbaru Shila Amzah ketika membuat persembahan di China, baru-baru ini? Fesyennya itu dikatakan mendapat perhatian gara-gara beliau memakai seluar / legging berwarna seakan warna kulit.

Gambar tersebut menimbulkan rasa kurang senang peminatnya yang beragama Islam.





Sumber: Media Malaya